Memaparkan catatan dengan label Perihal Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perihal Sekolah. Papar semua catatan

Matlamat Sekolah

Supaya setiap murid dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran, dapat berfungsi secara berkesan dan produktif terhadap kemajuan diri, perpaduan rakyat dan terhadap proses permodenan dan perindustrian negara.

Matlamat ini dicirikan kepada kategori perkembangan diri dan orientasi kepada masyarakat. Perkembangan diri ditujukan kepada kerohanian, pemikiran dan penaakulan diri.

Orientasi kepada masyarakat ditujukan kepada kemahiran berinteraksi, politik, perpaduan negara, sosio budaya dan alam semulajadi, ekonomi dan modenisasi.


Visi Sekolah

Menjadikan SK Ladang Ulu Remis antara sekolah terbaik dalam daerah Kluang pada tahun 2010.

Misi Sekolah

Mendidik murid-murid supaya membesar dengan cemerlang dan membawa SK ladang Ulu Remis ke arah kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.
SK Ladang Ulu Remis,
Bergerak maju bersama,
Berusaha mencapai cita-cita,
Itulah hasrat mulia,

Berpadu tenaga tak kira masa,
Sanggup berkorban apa saja,
Rukun negara panduan kita,
Pupuk semangat cintakan negara,

Guru berbakti, menabur jasa,
Jujur dan ikhlas amanah setia,
Mendidik memimpin,tak putus asa,
Semangat gemilang tetap dirasa,

Lambang ilmu suluh hidup,
Photobucket


Lambang

Lambang lencana sekolah ini terdiri daripada beberapa ciri-ciri yang digambarkan dalam bentuk objek murid,buku,obor dan bunga padi yang berlatar belakangkan bendera Malaysia.

Murid = murid-murid yang belajar di SK Ladang Ulu Remis

Buku = ilmu

Obor = semangat murid gan guru

Bunga padi = hasil yang diperolehi

Kesemua lambang ini menunjukkan komitmen sekolah terhadap pencapaian murid-murid dalam menimba ilmu pengetahuan. Sekolah menjadi gedung ilmu yang harus diterokai oleh setiap murid dan ia harus diiringi dengan semangat yang sentiasa bersemarak bak api yang sedang marak. Dari itu akan lahirlah generasi yang boleh bergerak seimbang sengan wawasan negara.


Warna

Warna-warna merah,kuning,biru dan putih adalah warna-warna yang terdapat dalam bendera Malaysia yang melambangkan semangat kecintaan warga SK Ladang Ulu Remis terhadap negara.

Warna hijau pula melambangkan persekitaran sekolah yang dikelilingi oleh kehijauan pohon kelapa sawit yang memberikan suasana yang bersih, segar dan indah.
Photobucket Photobucket Photobucket


Ladang Ulu Remis adalah nama sebuah ladang kelapa sawit,terletak lebih kurang 1 kilometer dari pekan Layang-Layang. Ladang ini telah dibuka oleh sebuah syarikat kepunyaan British iaitu Guthrie pada awal tahun 40an.

Pihak pengurusan ladang berpendapat, kemudahan asas amat penting sebagai satu tarikan pekerja-pekerja di ladang mereka. Berdasarkan teori ini, maka pada penghujung tahun 40an, tiga buah sekolah telah ditubuhkan di ladang ini iaitu sekolah Melayu, sekolah Tamil dan sekolah Cina.

Bangunan sekolah Melayu telah didirikan berhampiran dengan kawasan perumahan pekerja-pekerja ladang. Bangunan sekolah ini berukuran 30 kaki X 20 kaki, diperbuat daripada kayu dan beratapkan zink. pada mulanya ada 2 bilik darjah sahaja. Bilangan murid telah bertambah dari tahun ke tahun, tetapi bangunan sekolah masih tetap yang sama. Untuk mengatasi pertambahan murid dan bilik darjah, pihak pentadbir ladang telah membenarkan pihak sekolah menggunakan bangunan Persatuan Pekerja untuk dijadikan bilik darjah.

Pada awal tahun 60an, Guru Besar dan beberapa orang wakil ibu bapa, melalui UMNO telah mendesak pihak kerajaan supaya mendirikan sebuah bangunan yang baru. Pada tahun 1972, pihak ladang setelah berunding dangan pihak kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 4 ekar untuk dijadikan kawasan sekolah. Kerja-kerja membersih dan meratakan kawasan dimulakan pada pertengahan tahun 1973. Bangunan sekolah yang sedia ada ini telah siap dibina pada bulan Mei 1974.

Pada 1 April 1974, murid-murid sekolah Kebangsaan Ladang Ulu Remis mula belajar di bangunan yang baru.
Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi, maka dengan izinNya, laman blog SK Ladang Ulu Remis akhirnya menemui kita semua.

Saya amat berbangga dengan kegigihan guru-guru SK Ladang Ulu Remis yang amat prihatin untuk menyahut cabaran saya dan PPD Kluang agar semua sekolah di daerah ini mempunyai laman webnya sendiri pada tahun 2009. Tahniah di atas usaha anda.

Kerjasama yang diberikan, tentu Allah akan membalasnya. Hendaknya dengan adanya laman blog sendiri, segala aktiviti, maklumat terkini dan apa jua perancangan akan dapat dikongsi bersama dengan seluruh warga pendidik dan semua yang melayari laman ini demi kecemerlangan generasi yang dipimpin.

Semoga laman ini dapat memberi munafaat kepada kita semua.

Akhirnya marilah kita mengucap syukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmatNya, kita semua mampu menggunakan kecanggihan IT dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar. Semoga usaha murni kita sentiasa dirahmatiNya.

Sekian, selamat maju jaya...
top