Sejarah Sekolah

Photobucket Photobucket Photobucket


Ladang Ulu Remis adalah nama sebuah ladang kelapa sawit,terletak lebih kurang 1 kilometer dari pekan Layang-Layang. Ladang ini telah dibuka oleh sebuah syarikat kepunyaan British iaitu Guthrie pada awal tahun 40an.

Pihak pengurusan ladang berpendapat, kemudahan asas amat penting sebagai satu tarikan pekerja-pekerja di ladang mereka. Berdasarkan teori ini, maka pada penghujung tahun 40an, tiga buah sekolah telah ditubuhkan di ladang ini iaitu sekolah Melayu, sekolah Tamil dan sekolah Cina.

Bangunan sekolah Melayu telah didirikan berhampiran dengan kawasan perumahan pekerja-pekerja ladang. Bangunan sekolah ini berukuran 30 kaki X 20 kaki, diperbuat daripada kayu dan beratapkan zink. pada mulanya ada 2 bilik darjah sahaja. Bilangan murid telah bertambah dari tahun ke tahun, tetapi bangunan sekolah masih tetap yang sama. Untuk mengatasi pertambahan murid dan bilik darjah, pihak pentadbir ladang telah membenarkan pihak sekolah menggunakan bangunan Persatuan Pekerja untuk dijadikan bilik darjah.

Pada awal tahun 60an, Guru Besar dan beberapa orang wakil ibu bapa, melalui UMNO telah mendesak pihak kerajaan supaya mendirikan sebuah bangunan yang baru. Pada tahun 1972, pihak ladang setelah berunding dangan pihak kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 4 ekar untuk dijadikan kawasan sekolah. Kerja-kerja membersih dan meratakan kawasan dimulakan pada pertengahan tahun 1973. Bangunan sekolah yang sedia ada ini telah siap dibina pada bulan Mei 1974.

Pada 1 April 1974, murid-murid sekolah Kebangsaan Ladang Ulu Remis mula belajar di bangunan yang baru.

0 comments:

top