Program Marhaban


Program Marhaban sempena Aidilfitri 2009 anjuran Kelab Kebiru.


Program ini melibatkan guru-guru dan kakitangan SKUR bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama ahli keluarga masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan AJK Kelab Kebiru yang telah menjayakan program ini.





Lawatan RIMUP ke Melaka Bandaraya Bersejarah pada hari Khamis, 08.10.2009


Seramai 69 orang murid dan 12 orang guru dari 4 buah sekolah iaitu, SK Ladang Ulu Remis, SJK(C) Thorburn, SJK(T) Ladang Ulu Remis dan SJK(T) Sembrong yang telah terlibat. Antara tempat yang telah dilawati ialah, Ayer Keroh, Zoo Melaka, Kota A Famosa, Muzium Samudera, Muzium Istana Melaka, Eye On Malaysia, Menara Taming Sari, Bandar Hilir dan Dataran Pahlawan.
















Lawatan

Sambutan ini telah di adakan pada hari Jumaat, 09.10.2009. Lebih kurang 40 orang jemputan yang telah menghadirkan diri ke majlis tersebut.






Majlis berlangsung pada 26 Ramadhan 1430

Majlis ini diadakan bersempena dengan penutupan Tadarus Al Quran pada bulan Ramadhan. Seramai 20 orang murid yang terpilih bertadarus bersama dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Majlis ini bertujuan untuk meneguhkan budaya membaca Al Quran di bulan Ramadhan











Murid- murid bersama guru-guru dan kakitangan SKUR telah menjalankan Tadarus Al Quran di sekolah sepanjang bulan Ramadhan bagi melatih murid-murid untuk menyanjungi Al Quran serta mengisi bulan Ramadhan





Sambutan Hari Kemerdekaan dan RIMUP










top